Assalamualaikum WBT,
Rasanya baru sebentar tidak mengirimkan patah perkataan disini. Namun masih tidak dilupakan kata laluan dan nama untuk memasuki ruang maya ini.
Tidaklah sepenting solat, ruangan ini, cumanya terkadang ingin berkongsi apa yang diberi dan meluahkan rasa ketagihan menaip dipapan kekunci walaupon selalu dah taip di Facebook.
Apa kena mengena dengan ustazah di gambar itu?
Tiadalah apa, cuma yang kenanya adalah ilmu yang diterima dari beliau sewaktu forum yang dijayakan bersama ustaz Haslin Bollywood (orang la sebut) hujung minggu lalu. Nama beliau Ustazah Nor Hafizah, dan setakat itu sahaja keterangan saya kerana tidak mahu melanjutkan tentang diri beliau yang sememangnya agak terkenal di kaca televisyen dan corong2 radio.
Aku tertarik dengan kupasannya, iaitu konsep
5S yang dibincangkankannya. Bukan konsep 5S yang seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke yang diterapkan di pejabat-pejabat itu, tetapi konsep
5S yang perlu ada dalam sesebuah keluarga. Berikut adalah senarai
5S berikut:
- SENI - kata beliau "dalam dakwah perlu sabar, dan sabar itulah seni." maka terpulanglah bagaimana hendak menterjemahkan seni itu.
- SAYANG - Beliau mengajak para pendengar supaya mempunyai sifat sayang seperti Rasul SAW, yang mana diceritakan ketika selesai solat Nabi SAW memimpin tangan Aisyah RA sehingga Aisyah RA selamat masuk ke dalam rumah, dan selepas itu Nabi SAW pergi semula ke masjid untuk beriktikaf.
- SABAR
- SYUKUR - Kupasnya sabar dan syukur itu jika kita dapat menghayati dan mengamalnya, katanya wajib bagi dia mendapat kebahagiaan rumah tangga. Dan akhir sekali ialah;
- SIKAP
Akhir-akhir ini semakin kerap telinga aku mendengar penerangan dan penekanan tentang keluarga, bagi aku yang belum berkeluarga ini, boleh juga aplikasikan dalam kehidupan sebagai anak kepada ibu bapa. Banyak kajian pakar mahupun ulama'-ulama' bahkan kekasih kita SAW sendiri menekan dan ambil berat isu keluarga. Apatah lagi kita? Fikir-fikirkanlah...
Namun apakah GOBLOKLISASI?
Aku pon pertama kali mendengarnya, tetapi itulah asalnya dari perkataan Globalisasi. Dan gobloklisasi adalah bagi kepincangan dunia yang dihadapi sekarang. bagus juga idea ini dalam karya aku yang kehadapan..hahaha. seperti karangan pemberita pula.
Apapon bolehlah!